Want your
own Fotopage?






 
Lions Old Boys

By: Azwan Zakwan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Mar-2009 03:23 Email | Share | | Bookmark
Liga KRS 2009 : SLRC vs KLIUC Tractors

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 27 photos...
SLRC 12
KLIUC 05

full report in http://sdarlions.blogspot.com

Care to comment?


Friday, 6-Mar-2009 03:10 Email | Share | | Bookmark
Final Ragbi MSSNS : SDAR vs KGV

 
 
 
 
 
 
View all 8 photos...
SDAR 06
KGV 13

full report in http://sdarlions.blogspot.com

Care to comment?


Tuesday, 2-Dec-2008 05:03 Email | Share | | Bookmark
Semi-Final ALumni Cup (Bowl) : SLRC vs Sajoha

 
 
 
View all 9 photos...

Sdar Lions Rugby Club (SLRC) telah mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Kejuaraan Alumni 2008 (Bowl) setelah membenam cabaran Sajoha dengan skor 42-24.

Beberapa tonggak utama yang dijangka tidak dapat hadir, berjaya menghadirkan diri bagi bersama-sama untuk meraih kejayaan untuk ke final nanti.

SLRC tidak tunggu lama apabila mendapat dua try dalam masa 15 minit pertama apabila larian Mamu (0206) merempuh dua org pemain Sajoha sebelum Apong mendapatkan try yang kedua melalui larian mantap dari Tipah (0408).

Namun, Sajoha berjaya merapatkan kedudukan selepas Udang dan Sutiman dilayangkan kad kuning. Sebelum separuh masa tamat, SLRC menjarakkan jurang skor melalui try oleh Wali.

Kedudukan akhir, SLRC menang ke atas Sajoha dengan skor 42-24.

SLRC akan bermain di final Bowl pada 13 Disember 2008 dan bakal menentang pemenang di antara Ex-Sas Eagles dan Kusess Barbarians.

Terima kasih kepada beberapa org rakan Sdara yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride & passions..."

players :-
Im (9802), Bob, Acai, Udang, Rosli, Sutiman, Pakho (9903), Kumon (0408), Adigun (959), Kimy(0408), Tipah(0408), Apong, Ehsan, Mamu(0206), Wali, Ajoi, Ayis, Bulat(0105), Jimmy(9802),Muzal(0260), Syami(0307), Bonnie, Ayam(948)

Salam bro! 2009 punya kalender dah ada kah?

http://www.flickr.com/groups/ragbi/
Mon 12-Jan-2009 12:17
Posted by:hafizmsy harummanis@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Nov-2008 05:24 Email | Share | | Bookmark
Test Match - SLRC vs STJOB

 
 
 
View all 4 photos...
Sdar Lions RC telah menempah tiket ke Separuh akhir (Bowl) dalam Kejohanan Ragbi Alumni 2008 setelah pasukan MCOBA gagal menyediakan pasukan mereka pada hari perlawanan.
Dengan itu, SLRC telah dihadiahkan kemenangan percuma dengan skor 28-00.

Memandangkan kesemua pemain telah ada di padang dan pasukan STJOB juga ada untuk sessi latihan, maka SLRC bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan STJOB.

Walaubagaimanapun, STJOB telah memenangi perlawanan persahabatan tersebut dengan skor 14-07.

SLRC akan bertemu STAROBA hujung minggu ini yang telah menang ke atas SAJOHA pada satu lagi perlawanan suku akhir pada petang tersebut.

"after all, it's just another game of rugby'

-Lions... pride & passions-

Care to comment?


Saturday, 8-Nov-2008 12:47 Email | Share | | Bookmark
Play-off Alumni Cup 2008 : SLRC vs Kusess Barbarians

 
 
 
View all 8 photos...
Pada ptg ahad yg lalu, SLRC sekali lagi turun ke padang untuk menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Ragbi Piala Alumni 2008 bertempat di Padang Utara, Petaling Jaya.

SLRC gagal menandingi pasukan Kusess Barbarians (Alumni SM Sains Kuala Selangor) apabila tewas dengan skor 12-17.

Dengan cuaca yang agak mendung SLRC tidak tunggu lama apabila mendapat try pertama menerusi kombinasi forward pimpinan Sutiman dan juga try menerusi beliau. Wali tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan conversion.

Ketika baki separuh masa tinggal 10 minit, Sutiman dilayangkan kad kuning dan dikenakan hukuman sin bin kerana mengasari pemain lawan. Kesempatan tersebut diambil oleh Kusess untuk merapatkan jurang menerusi dua try. Separuh masa pertama, SLRC 07, Kusess 10.

Separuh masa kedua bermula dengan baik apabila SLRC tidak tunggu lama apabila larian cantik daripada back line bermula dari Wali dan larian yang berjaya dilepasi oleh Besut untuk try kedua, namun conversion gagal disempurnakan Wali.

Walaubagaimanapun, kelekaan pemain-pemain SLRC membuatkan Kusess mengasak dan berjaya mendapatkan try ketiga. Kedudukan tidak berubah sehingga wisel penamat dibunyikan.

Dengan ini, SLRC akan bermain di separuh akhir Bowl menentang samada Staroba ataupun Ansara minggu hadapan.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion"

players :-
Bulat (0105), Mizy (837), Acai, Boger, Zam, Pakho (9903), Sayo (8802), Sutiman, Duen (0206), Wali, Muzal (0206), Besut (0307), itik (0260), Syahmi (0307), Shah, Ayis, Carl, Meon, Fikri, Hasan (0307).

Care to comment?


Wednesday, 29-Oct-2008 03:32 Email | Share | | Bookmark
UTM 10's 2008

 
 
 
View all 22 photos...


Bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, SLRC telah menempuh perjalan sejauh 300km ke selatan tanah air untuk mengharungi Kejohanan Ragbi Jemputan UTM 10 Sepasukan 2008. Dengan tanpa sebarang harapan dan juga pemain-pemain utama, SLRC turun dengan 16 org pemain dengan beberapa org pemain lain yg telah bersedia menanti di Johor Bahru.

Cabaran SLRC tersekat di saingan separuh akhir Plate apabila tumpas kepada Malacca High School Old Boys (MHSOB) dengan skor 00-10.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :-

Peringkat Kumpulan :-

SLRC vs Uniten 28-00
SLRC vs Politeknik JB 19-00

Play-off Cup/Plate:-

SLRC vs Polisas Kuantan 07-15

Suku akhir Plate :-

SLRC vs Pasir Gudang Rhinos 19-07

Separuh akhir Plate :-

SLRC vs MHSOB 00-10

Thanks to Mondok yang turut terlibat sebagai urusetia di padang dan juga bersama pasukan. Tak lupa pelajar-pelajar Sdar yg ada di UTM skudai dan juga old boys yang lain yg turut bermain utk pasukan masing2.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion..."

Anyway, CONGRATS to SLRC !!!! Tue 4-Nov-2008 15:29
Posted by:Zeti Zain zerasofia@hotmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 14-Jul-2008 04:17 Email | Share | | Bookmark
Carisbrook-SMSS Rugby 10's 2008

 
 
 
View all 12 photos...
Ahad, 13 Julai - Bertempat di Padang Sekolah Menangah Sains Selangor, Cheras, Kejohanan Ragbi Carisbrook-SMSS 10's 2008 telah berlangsung selama dua hari. Sebanyak 40 pasukan telah menyertai acara tahunan yang menghimpunkan sekolah-sekolah seluruh negara dan juga kelab-kelab ragbi alumni.

Sdar Lions Rugby Club telah berkampung di SMSS bagi mengharungi cabaran kali ini. Tidak seperti tahun-tahun berikutnya, kali ini SLRC mempertaruhkan kebanyakan muka baru kecuali seorg saja yang paling lama dok main.... hehehe....

Tahun ini, SLRC gagal mempertahankan kejuaraan bagi mana-mana kategori apabila berjaya disekat oleh Kosas Old Boys (Koboys) pada saingan separuh akhir plate. Koboys yang hampir kesemuanya bermain untuk pasukan Sukma Kuala Lumpur baru-baru ini menewaskan SLRC dengan skor 21-05.

Pada hari sebelumnya dalam peringkat kumpulan, SLRC hampir-hampir mengejutkan Semsira apabila tewas pada minit-minit terakhir dengan skor 07-12.

Walaupun terpaksa berpuas hati dengan keputusan perlawanan, para pemain telah menunjukkan semangat dan prestasi permainan yang diluar jangkaan kerana kejohanan tersebut diharungi tanpa beberapa tonggak utama yang tidak dapat bermain atas sebab-sebab peribadi.

After all, it's just another game of rugby...

"Lions... Pride & passion..."

players:-
Azfa (9701), Bulat (0105), Arep (9802), Jimy (9802), Pakho (9903), Mizy (837), Duen (0206), Indera (0004), Muzal (0206), Itik (0206), Shah, Fiqy (0206), Siti (0307), Topek (0307), Carl, Alim (9903), Wali, Kimi (0408).

Care to comment?


Saturday, 10-May-2008 02:16 Email | Share | | Bookmark
Final KRS Junior Cup 2008

warming up...
 
 
View all 34 photos...
SLRC .... 13

ASAS Fighters ....20


tremendous game..... full report in http://www.sdarlions.blogspot.com

Care to comment?


Monday, 7-Apr-2008 03:39 Email | Share | | Bookmark
Piala KRS - SLRC vs Uniten Thunders

mereka yg sampai jam 4.00 ptg.. yg lain hampeh xde disiplin...
 
manager pun main????
View all 41 photos...
5 April - Perlawanan separuh akhir Piala KRS Divisyen Junior di antara SDAR Lions (SLRC) dan Uniten Thunders telah menyaksikan Juara Liga KRS Divisyen Junior ini menang tipis ke atas pihak lawan dengan skor 12-5.

Turun tanpa beberapa tonggak forward yang menjadi taruhan sepertimana perlawanan terakhir dalam saingan liga, Thunders sememangnya telah bersedia bagi memberikan tentangan yang hebat kepada SLRC. Dalam tempoh 15 minit pertama, SLRC diasak bertubi-tubi dan terpaksa mempertahankan serangan demi serangan dari Thunders. Hanya selepas itu, barulah SLRC berjaya keluar dari kawasan sendiri dan hanya sekali serangan Alim 9903 membuat larian solo aka jolap bagi mendapatkan try yang pertama.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan skor SLRC mendahului Thunders 7-0.

Babak kedua menyaksikan SLRC tidak tunggu lama apabila memperkemaskan asakan demi asakan dan sekali lagi Alim dengan jolapnya berjaya menghasilkan try untuk SLRC. Namun conversion gagal disempurnakan oleh Ross 948.

Menyedari yang SLRC makin bersemangat, Thunders terus memperhebatkan lagi serangan namun berjaya dipatahkan oleh SLRC. Tambah memburukkan lagi keadaan, Ajoi (pemain import dari PUO Panthers, skrg full time ngan SLRC) dihadiahkan kad kuning sebagai balasan kerana mengasari pemain sayap Thunders dengan tackle yang berbahaya. Kesempatan itu diambil oleh Thunders untuk menggandakan lagi asakan dan hasilnya, Thunders berjaya merapatkan lagi kedudukan.

Kedudukan tersebut tidak berganjak walaupun Thunders juga mendapat kad kuning selepas Ajoi dimasukkan. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada SLRC, 12-5.

SLRC akan berdepan dengan pemenang di antara MOR Jr dan juga ASAS di mana perlawanan tersebut akan berlangsung pada minggu hadapan.

Kemenangan separuh akhir tersebut melihatkan bahawa, keputusan lalu bukan ukuran bagi sesebuah kejayaan. Dek kerana terlalu yakin dapat memenangi perlawanan, maka pemain mengambil sikap sambil lewa sehingga memaksa terpaksa bertahan di kubu sendiri beberapa ketika. Namun, semangat terus menjadi inspirasi bagi para pemain.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion"

players :-
Zack (915), Bulat (0105), Toche (9903), Ayis (UKM), Ajoi (Poli), Azfa (9701), Smile (0307), Alim (9903), Duen (0206), Ross (948), Amin (UTM), Muzal (0206), Jibak (9903), Indra (0004), Mamu (0206), Basit (9903), Tam (UTM), Cimex (9903), Jimmy (9802), Shah (UTM), Lan Gay (0307).

Alah..lawan Asas kalah sebab pengadil........tapi bila dah final kena titik jugak ngan Asas. Tu dah tukar pengadil, pengadil pempuan lak tu....bukan Malaya lagi....pun kena titik jugak. Sekarang aku dah tak tau nak cari alasan apa lagi SDAR kalah ngan ASAS. Apa lagi ha.....apa..apa....apa???? Mon 5-May-2008 03:03
Posted by:hakim
rilek aa dude.xde la titik pon.pastu kitorg dh all out dh.xyah aa sound cmtu.pape la~ Thu 8-May-2008 07:11
Posted by:smile.
hakim,

menang kalah adat permainan bro...
ASAS mmg hebat.... wa caya sama lu guys....
start 2003 aku main ngan asas sblm aku quit on 2005 dr team asas, 2008 ialah tahun paling gemilang korang....
good luck in future... it's not about the individual skills, it's about the teamwork...

Sat 10-May-2008 03:24
Posted by:ayamous
View all 7 comments Add comment


Monday, 31-Mar-2008 02:45 Email | Share | | Bookmark
Liga KRS ~ SLRC vs ASAS Fighters

 
 
 
View all 14 photos...
30 April - Putrajaya - Kelab Ragbi Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) Fighters yang menantikan kunjungan SDAR Lions Rugby Club (SLRC) di Padang SSAS, Presint 1, Putrajaya dalam perlawanan terakhir bagi Liga KRS Divisyen Junior 2008.

Seperti yang diramal, sebarang keputusan tetap akan memberikan kelebihan kepada SLRC untuk muncul juara Liga pada kali pertama menyertai sebarang Kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi Selangor (KRS).

Dengan keadaan cuaca yang hujan sepanjang perlawanan, ditambah pula dengan corak pengadilan yang begitu berat sebelah agak menyukarkan pasukan SLRC membuat sebarang gerakan. Kedua-dua pasukan saling asak-mengasak bagi menguji benteng pertahanan masing-masing.

ASAS yang sememangnya memerlukan kemenangan besar bagi meraih kejuaraan, mendapat penaliti pada jarak 25 meter dan memanfaatkan sepakan penalti tersebut.

Beberapa minit berselang, ASAS menggandakan lagi serangan dan hasilnya memperolehi try yang pertama dan menyempurnakan sepakan conversion.

Menyedari bahawa pengadil sememangnya berat sebelah, pemain-pemain SLRC seolah-olah hilang tumpuan kerana tidak berupaya melakukan serangan. Namun begitu, semangat juang mereka tetap membara dengan menghasilkan larian dan juga asakan yang berbahaya.

Pasukan forward yang diterajui oleh Zack 915 dan juga Alim 9903 berjaya mengucar-kacirkan barisan forward ASAS dengan beberapa gerakan sebelum separuh masa pertama yang berkesudahan dengan skor 0-10.

Sebaik sahaja separuh masa kedua dibunyikan, SLRC terus menerus mengasak kubu pihak lawan sbelum larian Alim 9903 yang sepatutnya try dihasilkan, dibatalkan oleh pengadil kerana bola ditepis oleh Setan ASAS, yang menyebabkan bola terjatuh di dalam garisan try.

Boleh dikatakan hampir 70% pada separuh masa kedua, SLRC berada di dalam kawasan ASAS. Ketika permainan berada dalam 10 minit terakhir, Alim 9903 dilayangkan kad merah bukan kerana mengasari pemain, tetapi hanya kerana beliau membebel tak tentu arah.... (apa laa alim.... org suruh main bukan suruh membebel)....

Akhirnya, perlawanan yang penuh kontroversi tersebut berakhir dengan keputusan SLRC 0, ASAS Fighters 10.

SLRC akan meneruskan perjuangan dalam saingan merebut kejuaraan Piala Junior apabila bakal berentap kembali menentang Uniten Thunders pada 12 April 2008 di venue yang belum ditetapkan. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan Separuh Akhir (Cup/Plate).

Terima kasih kepada rakan-rakan SDARA (Mhi, DKN, Raja Rahiman, geng2 batch 948) yang hadir bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion"

players:-
Zack (915), Lan Gay (0307), Kuman (0307), Azfa (9701), Smile (0307), Ayis, Zam, Alim (9903), Ross (948), Amin, Muzal (0206), Jibak (9903), Itik (0206), Shah, Basit (9903), Mamu (0206), Toche (9903), Angah, Cimex (9903), Atuk (9903), Duen (9903),


Ok lah....kalah sebab ref konon.....fikir-fikirlah...muhasabah diri lah.....alim kene kad merah sebab argue...standard la...sapa argue ngan ref memang cari pasal.
Tapi apasal bila dah tukar ref lawan final ngan ASAS Sdar masih kena titik lagi. Tu pun dah bagi alim main yang sepatutnya kena ban 3 match sebab red carded during vs ASAS in the league. Nampak sangat...nampak sangat.......samaada ASAS memang handal atau SDAR memang tak boleh beat ASAS. Ref dah tukar.......tukar player SDAR satu team kot baru boleh beat ASAS.
Mon 5-May-2008 03:14
Posted by:hakim
alim, kita iye kan jelah yg sdar ni x best...

asas mmg hebat.... hebta bangat seh....
Sat 10-May-2008 03:27
Posted by:ayamous
mmg xbest pon sdar...dgn asas pon xbleh makan,,asas mmg power..tu sebab player asas bnyk call up mesia..sdar xlyk main dgn asas..sapelah sdar..ank2 muda yg berwawasan kononnya..hahaha..tp xpe sdar dpt champ league...nnt org kate sdar jolap klu mng sume..bagi2 lah skt kat team lain..org melayu kite juge..wakaka Wed 18-Jun-2008 06:27
Posted by:hamba allah(abd34)
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.